Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Kajian Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) Kebangsaan

Anda di sini

Rajah 1: Perbelanjaan R&D, 2008 - 2015

Berdasarkan kepada Rajah 1, perbelanjaan kasar R&D Malaysia (GERD) menunjukkan peningkatan berterusan sejak tahun 2000. Pada tahun 2015, nilai GERD negara mencecah RM15,058 juta iaitu peningkatan sebanyak 148.04% berbanding nilai GERD pada tahun 2008 (RM6,070.8 juta). Intensiti aktiviti R&D negara iaitu ukuran peratusan GERD kepada GDP (GERD/GDP) turut menunjukkan peningkatan mulai tahun 2004. Pada tahun 2015 GERD/GDP negara telah mencapai 1.30%, peningkatan sebanyak 64.56% berbanding tahun 2008 (0.79%).

Rajah 2: Perbelanjaan R&D Mengikut Sektor, 2008 - 2015

Rajah 2 menunjukkan sektor perniagaan swasta telah menjadi penyumbang terbesar perbelanjaan R&D Malaysia sehingga tahun 2015.  Untuk tahun 2015, sektor perniagaan swasta menjadi penyumbang terbesar dengan perbelanjaan sebanyak RM 7,824 juta (51.95%). Perbelanjaan kedua terbesar berlaku di dalam sektor institusi pengajian tinggi dengan nilai RM 4,289 juta (28.48%). Sektor agensi kerajaan dan institut penyelidikan hanya menggunakan sebanyak RM2,946 juta (19.56%) perbelanjaan dan menjadikannya sebagai penyumbang terkecil dalam perbelanjaan R&D di Malaysia. 

Rajah 3: Penyelidik, 2008 - 2015

Berdasarkan kepada gambar rajah 3, bilangan penyelidik yang aktif menjalankan aktiviti R&D menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sejak tahun 2006. Pada tahun 2015, jumlah bilangan penyelidik mencatat bilangan tertinggi iaitu sebanyak 89 861 orang iaitu peningkatan sebanyak 185.80% berbanding pada tahun 2008 (31,442 orang). Nisbah penyelidik per 10,000 tenaga kerja pada tahun 2015 pula adalah 62 orang.

Kemaskini: 
05 Februari 2018

Hebahkan Maklumat

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mestecc.gov.my/ms/statistik/kajian-pembangunan-dan-penyelidikan-rd-kebangsaan
  • Jumlah Pelawat: 6005367