Langkau ke kandungan utama
x
Pilih Kategori Statistik
Rumusan

Data CITF sehingga 31 Oktober 2021. Bagi data lain dan terkini berkenaan vaksinasi, sila rujuk laman web CovidNow.

 

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dikategorikan sebagai PPV Kesihatan seperti yang dioperasi di fasiliti Klinik Kesihatan Kerajaan, Hospital Kerajaan, Klinik Swasta dan Hospital Swasta. PPV Bukan Kesihatan pula merupakan inisiatif CITF di bawah PICK bagi memperluaskan dan menyegerakan proses vaksinasi di pusat tumpuan awam seperti di stadium, pusat konvensyen dan dewan orang ramai bagi mengalih dan mengurangkan bebanan fasiliti kesihatan yang perlu fokus kepada rawatan pesakit serta aspek perubatan. PPV Bukan Kesihatan ini dikelaskan kepada PPV Awam termasuk yang dioperasikan secara integrasi awam-swasta dan PPV Industri yang dioperasikan secara bersama dengan pihak industri. PPV Bukan Kesihatan di bawah CITF ini mula dibuka secara rasmi pada 16 April 2021 yang beroperasi secara berperingkat dan telah menyumbang kepada 74% dos suntikan vaksin negara. 

Kadar Vaksinasi Keseluruhan Berdasarkan Kategori Pusat Pemberian Vaksin Sehingga 31 Oktober 2021
Rumusan

Data CITF sehingga 31 Oktober 2021. Bagi data lain dan terkini berkenaan vaksinasi, sila rujuk laman web CovidNow.

 

Bagi kemajuan vaksinasi di peringkat lokaliti yang lebih kecil seperti daerah setakat 31 Oktober 2021, 95 daerah berjaya mencapai 80% populasi dewasa lengkap divaksinasi. Daerah yang masih belum mencapai kadar tersebut kebanyakkannya berada di kawasan pedalaman, atau bersempadan dengan lokaliti/ daerah lain yang didapati merekodkan kadar vaksinasi melebihi anggaran jumlah penduduk. Di peringkat lokaliti sebegini, peratusan vaksinasi yang bersandarkan anggaran penduduk di sesuatu kawasan perlu juga dilihat secara bersekali dengan mengambil kira beberapa lokaliti/daerah lain yang merekodkan kadar vaksinasi melebihi 100% jumlah anggaran penduduk. Dalam hal ini, sebanyak 28 lokaliti/daerah terutamanya di kawasan bandar didapati telah menvaksinasi melebihi 100% jumlah anggaran penduduk.

Attachment
Lampiran Saiz
Data (5.95 KB) 5.95 KB
Rumusan

Data CITF sehingga 31 Oktober 2021. Bagi data lain dan terkini berkenaan vaksinasi, sila rujuk laman web CovidNow.

 

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukan Kesihatan Awam adalah termasuk yang dioperasikan secara integrasi awam-swasta. Pembukaan PPV Bukan Kesihatan di sesuatu kawasan adalah berdasarkan keperluan demografi di peringkat daerah dan lokaliti, serta mengambil kira kriteria PPV seperti keluasan ruang, kemudahan utiliti, kemudahan pengangkutan dan akses mudah dari kediaman untuk ke lokasi. Sebanyak 422 PPV Bukan Kesihatan Awam telah beroperasi secara berperingkat di seluruh negeri termasuk di bandaraya, pekan dan kawasan luar bandar, dengan kapasiti kecil yang membolehkan 200 dos suntikan sehari sehinggalah PPV berskala mega dengan 23,000 dos suntikan sehari.

Rumusan

Data CITF sehingga 31 Oktober 2021. Bagi data lain dan terkini berkenaan vaksinasi, sila rujuk laman web CovidNow.

 

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukan Kesihatan Industri adalah yang dioperasikan secara bersama dengan pihak industri. Pembukaan PPV Bukan Kesihatan Industri adalah bagi menyegerakan vaksinasi ke atas pekerja industri termasuk pekerja asing. Pembukaan PPV Bukan Kesihatan Industri membolehkan vaksinasi dibuat secara sistematik mengikut sektor industri dan lokasi pekerja termasuk dengan penyediaan kemudahan pelbagai bahasa negara asal pekerja indusri. Sebanyak 183 PPV Bukan Kesihatan Industri beroperasi secara berperingkat di pusat-pusat utama perindustrian negara.