Langkau ke kandungan utama
Pilih Kategori Statistik
Rumusan

Liputan Data: PCT, 2006-2017

Tarikh Pengekstrakan Data: 17 Julai 2018

Nota: Kadar pertumbuhan (%) = [(Nilai sekarang - Nilai terdahulu)/Nilai terdahulu] x 100

Permohonan untuk PCT menunjukkan trend yang meningkat dari 2006-2010 dengan peningkatan peratus terbesar iaitu 188% antara tahun 2007 hingga 2008.

Rumusan

Lebih daripada separuh responden (53%) dalam kajian 2014 berpendapat bahawa kajian saintifik adalah lebih banyak faedah daripada kesan berbahaya, 33% menyatakan kesannya adalah lebih kurang sama, 4% berpendapat bahawa kajian saintifik mendatangkan lebih banyak kesan berbahaya daripada faedah, manakala 10% tidak pasti.

Rumusan

Sumber: National Survey of Innovation 2012

Nota: Petunjuk Min: 0 = Tidak Relevan  3 = Sangat Penting

Gambarajah menunjukkan kesan produk dan/atau proses inovasi yang dilaksanakan pada tahun 2009-2011. Secara keseluruhannya, syarikat-syarikat merasakan bahawa kesan inovasi paling penting adalah untuk meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan. Bagi syarikat-syarikat pembuatan, kualiti barangan dan perkhidmatan dengan min=2.21, mempelbagaikan produk dengan min=2.10, bagi meningkatkan nilai tambah dengan min=2.07 merupakan tiga kesan inovasi yang paling penting. Dalam sektor perkhidmatan pula, kualiti barangan dan perkhidmatan dengan min=1.73, meningkatkan fleksibiliti peruntukan pengeluaran atau perkhidmatan dengan min=1.55 dan peningkatan kapasiti untuk penyediaan pengeluaran atau perkhidmatan dengan min=1.52 merupakan kesan inovasi yang paling penting.

Rumusan

Liputan Data: MyIPO, 2001-2017

Tarikh Pengekstrakan Data: 17 Julai 2018

Nota: Kadar pertumbuhan (%) = [(Nilai sekarang - Nilai terdahulu)/Nilai terdahulu] x 100

Dari tahun 2001-2017, terdapat 103,713 permohonan paten yang telah difailkan di MyIPO.

Rumusan

Televisyen merupakan media massa yang paling popular di Malaysia, dan 89% daripada responden menggunakan televisyen sebagai sumber maklumat untuk pembelajaran STI.

Selain itu, media massa yang popular untuk maklumat berkaitan dengan STI adalah surat khabar bercetak (63%), diikuti dengan Internet (53%), radio (43%), buku (39%) dan majalah bercetak (24%).

Rumusan

Sumber: National Survey of Innovation 2012

Nota: Petunjuk Min: 0 = Tidak Relevan  3 = Sangat Penting

Gambarajah menunjukkan inovasi pemasaran dan inovasi organisasi yang paling penting dalam sektor pembuatan adalah untuk meningkatkan kualiti barangan atau perkhidmatan (min=2.12), diikuti dengan pengurangan tempoh masa maklumbalas pelanggan atau pembekal (min=1.92); mengurangkan kos per unit keluaran atau perkhidmatan (min=1.90) dan kepuasan pekerja dan / atau mengurangkan kadar pertukaran pekerja (min=1.76). Begitu juga, dalam sektor perkhidmatan, meningkatkan kualiti barangan atau perkhidmatan dengan min 1.78. Ini diikuti oleh pengurangan tempoh masa maklumbalas pelanggan atau pembekal dengan min 1.71, kepuasan pekerja dan / atau mengurangkan kadar pertukaran pekerja (min= 1.66) dan mengurangkan kos bagi setiap unit keluaran atau perkhidmatan (min= 1.42)

Rumusan

Liputan Data: PCT, 2006-2017

Tarikh Pengekstrakan Data: 17 Julai 2018

Nota: Sitasi per paten =  [Jumlah sitasi/Jumlah paten]

Dari tahun 2006 hingga 2010, terdapat peningkatan dalam bilangan PCT yang difailkan, dengan 2010 mempunyai bilangan permohonan yang tertinggi. Pertumbuhan mantap yang sama dapat dilihat dalam forward citations dari tahun 2006 hingga 2009. Walau bagaimanapun, dari 2010, terdapat pengurangan dalam jumlah forward citations yang diterima dan juga dalam forward citations per patent dengan pengecualian tahun 2009.

Rumusan

Zoo (31%) dan muzium (23%) adalah dua tempat berkaitan dengan STI yang paling popular.

13% daripada responden telah membuat sekurang-kurangnya satu lawatan ke akuarium dalam tempoh 12 bulan, 10% daripada responden telah melawat PETROSAINS dan masing-masing 7% telah melawat Pusat Sains Negara dan Planetarium.