Langkau ke kandungan utama
Rumusan

GERD Malaysia telah meningkat sejak 2008. Dari RM6,071 juta pada 2008, perbelanjaan R&D meningkat secara berperingkat kepada RM17,685 juta pada 2016. GERD pada 2016 adalah tiga kali ganda berbanding tahun 2008. Walau bagaimanapun, GERD mengalami penurunan pada 2018, daripada RM17,685 juta pada 2016 kepada RM15,060 juta pada 2018. Namun begitu, ia tetap merekodkan GERD kedua tertinggi setakat ini.

Rumusan

Rajah menunjukkan sektor perniagaan swasta telah menjadi penyumbang terbesar perbelanjaan R&D Malaysia sehingga tahun 2018.  Untuk tahun 2018, sektor perniagaan swasta menjadi penyumbang terbesar dengan perbelanjaan sebanyak RM6,614 juta (43.9%). Perbelanjaan kedua terbesar berlaku di dalam sektor institusi pengajian tinggi dengan nilai RM6,412 juta (42.6%). Sektor institut penyelidikan kerajaan hanya menggunakan sebanyak RM2,019 juta (13.4%) perbelanjaan dan sektor pertubuhan bukan kerajaan sebanyak RM15 juta (0.1%) perbelanjaan menjadikan mereka sebagai penyumbang terkecil dalam perbelanjaan R&D di Malaysia. 

Rumusan

Peratusan terbesar tenaga kerja R&D terdiri daripada penyelidik, diikuti oleh staf sokongan dan juruteknik. Antara tahun 2008 dan 2010 peratusan personel bertambah hampir dua kali ganda (28.5 kepada 55.4), seterusnya menyumbang kepada peningkatan personel R&D dan penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga buruh secara berterusan kepada 74.0 pada tahun 2016. Walau bagaimanapun, penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga buruh pada tahun 2018 menurun kepada 59.