Graf diatas menunjukkan peratusan produk/teknologi berdasarkan jenis organisasi.
Susunan mengikut jenis organisasi paling tertinggi adalah seperti jadual di bawah :
Jenis Organisasi | Bilangan TECHMart | |
1 | Institut Pengajian Tinggi Awam | 197 |
2 | Institut Penyelidikikan Kerajaan (GRI) | 127 |
3 | Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) / Syarikat Jaminan Kerajaan (CLG) | 79 |
4 | Agensi Kerajaan (GA) | 58 |
5 | Business Enterprise (BE) | 13 |
6 | Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) | 0 |
7 | Institut Pengajian Tinggi Swasta | 0 |
Kedudukan Malaysia dan Negara-Negara Terpilih berdasarkan Global Innovation Index (GII), 2016-2021
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nota: HI – pendapatan tinggi, UM- pendapatan menengah atas, LM-pendapatan rendah :
Kedudukan daripada 132 negara (2021); 131 negara (2020); 129 negara (2019); 126 negara (2018); 127 negara (2017); 128 negara (2016);
Sumber: https://www.wipo.int/edocs/pubdocs/en/wipo_pub_gii_2021.pdf
Jadual di atas menunjukkan kedudukan beberapa buah negara dalam Indeks Inovasi Global bagi tahun 2016-2021. Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara berpendapatan menengah atas (Upper middle income) berdasarkan nilai pendapatan negara kasar (PNK /GNI) per kapita negara. Pada tahun 2021, Malaysia berada di kedudukan ke-36, jatuh 1 anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Malaysian Human Resources in STI (MyHRSTI)
Maklumat yang terkandung dalam Pangkalan Data Malaysian Human Resources in STI (MyHRSTI) sentiasa dikemas kini bagi memastikan MASTIC sentiasa menyediakan maklumat S&T yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif. Sepanjang tahun 2017, MASTIC telah berjaya mengemas kini data modal insan S&T di peringkat Kementerian. Kini, MASTIC sedang giat mengemas kini data MyHRSTI di peringkat kebangsaan secara berfasa.
Sehingga Jun 2018, sejumlah 19,146 rekod penyelidik dan 6,382 rekod pakar telah didaftarkan dalam MyHRSTI.
Pengguna boleh mencapai maklumat yang terkandung dalam pangkalan data MyHRSTI secara PERCUMA menerusi sistem Krste.my (https://krste.my). Carian maklumat modal insan S&T dalam sistem Krste.my boleh dilakukan dengan langkah berikut : Home> Search KRSTE > Advanced Search> Search Type> Select ‘Person’.
National Survey of Innovation 2012
Pengelasan responden inovatif dan bukan inovatif berasaskan sektor perniagaan adalah seperti jadual di atas. Berdasarkan bilangan responden daripada sektor pembuatan dan perkhidmatan, majoriti daripada responden inovatif adalah daripada sektor perkhidmatan dengan 62%, manakala selebihnya adalah daripada sektor pembuatan dengan 38%. Sebaliknya, yang tertinggi syarikat bukan inovatif adalah daripada sektor pembuatan dengan 58% berbanding dengan sektor perkhidmatan dengan 42%.
No | Negara | 2018 | 2017-2018 | 2016-2017 | 2015-2016 | 2014-2015 | |||||
Kedudukan | Skor | Kedudukan | Skor | Kedudukan | Skor | Kedudukan | Skor | Kedudukan | Skor | ||
1 | United States | 1 | 85.6 | 2 | 5.85 | 3 | 5.7 | 3 | 5.61 | 3 | 5.54 |
2 | Singapore | 2 | 83.5 | 3 | 5.71 | 2 | 5.72 | 2 | 5.68 | 2 | 5.65 |
3 | Switzerland | 3 | 82.6 | 1 | 5.86 | 1 | 5.81 | 1 | 5.76 | 1 | 5.7 |
4 | Japan | 4 | 82.5 | 9 | 5.49 | 8 | 5.48 | 6 | 5.47 | 6 | 5.47 |
5 | United Kingdom | 8 | 82 | 8 | 5.41 | 7 | 5.49 | 10 | 5.43 | 9 | 5.41 |
6 | Australia | 14 | 78.9 | 21 | 5.19 | 22 | 5.19 | 21 | 5.15 | 22 | 5.08 |
7 | Malaysia | 25 | 74.4 | 23 | 5.17 | 25 | 5.16 | 18 | 5.23 | 20 | 5.16 |
8 | China | 28 | 72.6 | 27 | 5 | 28 | 4.95 | 28 | 4.89 | 28 | 4.89 |
9 | Thailand | 38 | 67.5 | 32 | 4.72 | 34 | 4.64 | 32 | 4.64 | 31 | 4.66 |
10 | Soudi Arabia | 39 | 67.5 | 30 | 4.83 | 29 | 4.84 | 25 | 5.17 | 24 | 5.06 |
11 | Indonesia | 45 | 64.9 | 36 | 4.68 | 41 | 4.52 | 37 | 4.52 | 34 | 4.57 |
Pautan ke laporan penuh : http://reports.weforum.org/global-competitiveness-report-2018/downloads/
Nota :
Bilangan negara terlibat : 140 negara (2018); 137 negara (2017-2018); 138 negara (2016-2017); 140 negara (2015-2016); 144 negara (2014-2015)
2017 - kiraan semula skor 2017 menggunakan metodogi baru
Jadual di atas menunjukkan kedudukan beberapa buah negara terpilih dalam indeks daya saing global (GCI) bagi tahun 2014 hingga 2018. Bermula tahun 2018, metodologi dan struktur indeks daya saing global yang baru telah diperkenalkan. Penyertaan daripada 140 buah negara dalam laporan GCR 2018 memperlihatkan Malaysia berada di kedudukan ke 25 (naik 1 anak tangga) berbanding kedudukan ke 26 daripada 137 buah negara tahun sebelumnya (rujuk carta - setelah kiraan semula skor 2017 menggunakan metodologi baru). Skor Malaysia turut meningkat kepada 74.4 berbanding 73.3 pada tahun 2017.
GERD Malaysia telah meningkat sejak 2008. Perbelanjaan R&D meningkat secara berperingkat daripada RM6,071 juta pada 2008 kepada RM17,685 juta pada 2016. GERD pada 2016 adalah tiga kali ganda berbanding tahun 2008. Walau bagaimanapun, GERD mengalami penurunan pada 2018, daripada RM17,685 juta pada 2016 kepada RM15,060 juta pada 2018. Namun begitu, ia tetap merekodkan GERD kedua tertinggi setakat ini.
Liputan Data: Scopus, 2001-2017
Tarikh Pengekstrakan Data: 24 Ogos 2018
Nota: Kadar pertumbuhan (%) = [(Nilai sekarang - Nilai terdahulu)/Nilai terdahulu] x 100
Kepelbagaian peningkatan dalam bilangan penerbitan dapat dilihat dari 2001 hingga 2011. Walau bagaimanapun, peningkatan bilangan penerbitan menunjukkan kemerosotan yang lebih perlahan dari 2012 hingga 2017.
Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia menunjukkan rasa minat terhadap bidang STI berbanding yang tidak pasti atau tidak tahu mengenai STI.
Kebanyakan responden (84%) menyatakan bahawa mereka berminat atau sangat berminat dalam "penggunaan ciptaan baru dan teknologi", diikuti dengan "penemuan baru perubatan" (79%), "inovasi" (78%) dan "penemuan saintifik baru" (76%).
Kedudukan dan Skor: Malaysia dan Negara-Negara Terpilih dalam World Competitiveness Yearbook (WCY), 2014-2019
NO. | NEGARA | 2019 | 2018 | 2017 | 2016 | 2015 | 2014 | ||||||
KEDUDUKAN | SKOR | KEDUDUKAN | SKOR | KEDUDUKAN | SKOR | KEDUDUKAN | SKOR | KEDUDUKAN | SKOR | KEDUDUKAN | SKOR | ||
1 | Singapore | 1 | 100.00 | 3 | 98.55 | 3 | 99.49 | 4 | 97.65 | 3 | 95.00 | 3 | 91.00 |
2 | Hong Kong | 2 | 97.80 | 2 | 99.16 | 1 | 100.00 | 1 | 100.00 | 2 | 96.00 | 4 | 90.30 |
3 | USA | 3 | 97.12 | 1 | 100.00 | 4 | 98.66 | 3 | 97.88 | 1 | 100.00 | 1 | 100.00 |
4 | Switzerland | 4 | 96.01 | 5 | 97.14 | 2 | 99.66 | 2 | 98.02 | 4 | 91.92 | 2 | 92.42 |
5 | Qatar | 10 | 91.95 | 14 | 88.89 | 17 | 88.10 | 13 | 86.72 | 13 | 84.60 | 19 | 77.10 |
6 | China | 14 | 88.78 | 13 | 89.03 | 18 | 87.76 | 25 | 79.35 | 22 | 77.00 | 23 | 73.30 |
7 | Taiwan | 16 | 88.24 | 17 | 87.91 | 14 | 90.48 | 14 | 86.37 | 11 | 85.40 | 13 | 81.20 |
8 | Germany | 17 | 85.74 | 15 | 88.75 | 13 | 91.59 | 12 | 88.57 | 10 | 85.60 | 6 | 85.80 |
9 | Australia | 18 | 85.51 | 19 | 87.06 | 21 | 85.25 | 17 | 84.27 | 18 | 80.50 | 17 | 79.60 |
10 | Malaysia | 22 | 82.54 | 22 | 85.17 | 24 | 83.53 | 19 | 83.05 | 14 | 84.10 | 12 | 82.10 |
11 | UK | 23 | 81.84 | 20 | 85.62 | 19 | 86.78 | 18 | 83.34 | 19 | 79.90 | 16 | 79.80 |
12 | Thailand | 25 | 77.23 | 30 | 79.45 | 27 | 80.10 | 28 | 74.68 | 30 | 69.80 | 29 | 65.00 |
13 | Korea | 28 | 76.50 | 27 | 80.12 | 29 | 78.65 | 29 | 74.20 | 25 | 73.90 | 26 | 69.70 |
14 | Japan | 30 | 74.63 | 25 | 81.31 | 26 | 82.27 | 26 | 78.72 | 27 | 72.80 | 21 | 73.80 |
15 | India | 43 | 67.29 | 44 | 68.77 | 45 | 69.70 | 41 | 65.83 | 44 | 59.50 | 44 | 53.90 |
16 | Philippines | 46 | 64.73 | 50 | 64.66 | 41 | 71.8 | 42 | 65.54 | 41 | 60.20 | 42 | 55.00 |
Nota: Kedudukan 63 negara (2019, 2018 & 2017), 61 negara (2016 & 2015); 60 negara (2014)
Jadual di atas menunjukkan kedudukan Malaysia berbanding beberapa negara terpilih dalam buku IMD World Competitiveness Yearbook (WCY) bagi tahun 2014-2019. Laporan 2019 memperlihatkan Malaysia kekal di kedudukan ke-22 berbanding tahun sebelumnya dengan penurunan skor sebanyak 2.63 kepada 82.54. Input data Malaysia kepada WCY diselaraskan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan MESTECC merupakan salah sebuah Kementerian yang menyumbangkan data bagi laporan ini (Teras: Infrastruktur Asas dan Infrastruktur Saintifik).