Pangkalan data organisasi S&T telah dibangunkan oleh MASTIC pada tahun 1998. Pangkalan data ini mengumpulkan senarai butiran organisasi yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan S&T di Malaysia. Ini merangkumi institusi pengajian tinggi, institut penyelidikan awam dan swasta, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta.
Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini diperoleh daripada Kajian Petunjuk Sains, Teknologi Malaysia yang dijalankan oleh MASTIC secara dwi-tahun, bahan penerbitan luar dan sumber lain secara atas talian.
Organisasi S&T didefinisikan sebagai sebarang organisasi yang terlibat di dalam aktiviti R&D dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan S&T di Malaysia.
Setiap rekod Organisasi S&T mengandungi butiran seperti nama, alamat, maklumat perhubungan, jenis, bidang kepakaran dan peranan organisasi.Setiap rekod Organisasi S&T mengandungi butiran seperti nama, alamat, maklumat perhubungan, jenis, bidang kepakaran dan peranan organisasi.
Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini sentiasa dikemas kini bagi memastikan MASTIC sentiasa menyediakan maklumat S&T yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif.
Sehingga Jun 2018, sejumlah 2,277 rekod organisasi S&T telah didaftarkan dalam Pangkalan data organisasi S&T.
Pengguna boleh mencapai Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini secara PERCUMA menerusi sistem Krste.my (https://krste.my). Carian maklumat organisasi S&T dalam sistem Krste.my boleh dilakukan seperti langkah berikut: Home> Search KRSTE > Advanced Search> Search Type> Select ‘ORGANISATION’.
Bagi urusan berkaitan pengemaskinian / pendaftaran rekod baru / keterangan lanjut / sokongan teknikal, sila hubungi pegawai MASTIC yang berikut:

Puan Uwarani A/P Krishnan -- Lihat Profile