PERPUSTAKAAN MESTECC, ARAS 4, BLOK C5, KOMPLEKS C, W.P PUTRAJAYA
Sempena musim Cuti Akhir Tahun persekolahan 2019, Seksyen Perpustakaan Bahagian Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC), MESTECC dengan kerjasama Pusat Sains Negara Kuala Lumpur (PSNKL), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Ibu Pejabat MESTECC, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah menganjurkan Program Santai@Perpustakaan Tahun 2019 pada 27 November 2019 (Isnin) untuk anak-anak dan pegawai-pegawai MESTECC. Program ini adalah bagi menarik minat membaca dalam kalangan kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun dan remaja berusia 13 hingga 17 tahun serta dewasa dengan pendekatan yang menarik dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. Penyertaan program telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran seramai 249 orang peserta kanak-kanak, remaja, dewasa termasuk ibu bapa.