Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia

Anda di sini

Latar Belakang

Laporan Petunjuk Sains, Teknologi Malaysia merupakan gabungan data daripada kajian-kajian yang dilaksanakan oleh MASTIC dan data-data sekunder yang diperoleh daripada organisasi/agensi lain.

Laporan ini memberikan maklumat terperinci terhadap pencapaian dan trend pendidikan dalam bidang S&T, sumber tenaga manusia untuk S&T, kesedaran awam mengenai S&T, aktiviti R&D, inovasi, perdagangan dalam teknologi, imbangan pembayaran teknologi, paten, maklumat komunikasi teknologi (ICT) bibliometrik dan bioteknologi.

Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi telah dilaksanakan oleh MASTIC secara dwitahunan sejak tahun 1994.  Sehingga kini, sebanyak 8 laporan telah berjaya diterbitkan sehingga tahun 2010.

Sehingga tahun 2013, sebanyak 9 laporan telah diterbitkan.

Skop dan Metodologi

Maklumat laporan yang disediakan adalah mengikut standard antarabangsa Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) bagi membolehkan penandarasan dan perbandingan di peringkat antarabangsa.

Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi merangkumi data primer dan sekunder daripada organisasi dan agensi yang terlibat dalam pembangunan petunjuk sains dan teknologi di Malaysia. Laporan ini juga mengandungi petunjuk yang komprehensif bagi menanda aras status dan pencapaian negara dengan tahun-tahun sebelumnya dan juga perbandingan antarabangsa dengan negara-negara ASEAN, OECD, Taiwan, China, Korea, Ireland, Amerika dan Jepun. Kesatuan Eropah (EU), China, Brazil dan India.

Definisi

Data Primer diperoleh daripada penemuan kajian-kajian MASTIC seperti Kajian Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan, Kajian Inovasi Kebangsaan, Kajian Kesedaran Awam Mengenai Sains dan Teknologi, Kajian Inovasi Kebangsaan dan Kajian Bibliometrik.

Data Sekunder diperoleh daripada agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan petunjuk sains dan teknologi di Malaysia seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Statistik Malaysia.

Status Semasa Kajian Terkini

Laporan petunjuk STI yang seterusnya dijangka akan dijalankan pada tahun 2016 dan akan mengambil tempoh 12 bulan untuk disempurnakan.

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mestecc.gov.my/ms/kajian-sti/laporan-petunjuk-sains-dan-teknologi-malaysia
  • Jumlah Pelawat: 5839379