Malaysian Human Resources in STI (MyHRSTI) merupakan salah satu modul utama dalam Sistem KRSTE.my. MyHRSTI mengandungi profil modal insan STI seperti para penyelidik dan pakar yang terdapat di jabatan/agensi kerajaan, institut penyelidikan awam dan swasta, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan aktiviti R&D dan lain-lain perkhidmatan STI di Malaysia. Setiap profil modal insan STI mengandungi maklumat terperinci seperti nama, organisasi, jawatan terkini, maklumat perhubungan, status dan bidang kepakaran (FOR), latar belakang pendidikan, anugerah, penerbitan dan maklumat projek penyelidikan.
Selain itu, MyHRSTI juga mengumpul maklumat asas pengguna KRSTE.my yang ingin mendapatkan maklumat atau perkhidmatan lanjut seperti tempahan peralatan saintifik serta menyelaras data dalam KRSTE.my seperti pegawai penyelaras, pelajar, pengurus makmal/aset, orang awam dan sebagainya.
Maklumat asas pengguna KRSTE.my yang dikumpulkan adalah nama, organisasi, jawatan terkini, maklumat perhubungan, dan latar belakang pendidikan sahaja.
Berdasarkan Canberra Manual, definisi modal insan STI adalah seperti berikut:
- Seseorang yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertiary dalam bidang STI; atau
- Seseorang yang bekerja dalam bidang STI walaupun tidak memiliki sebarang kelayakan dalam bidang pengajian di peringkat tertiary dalam bidang STI.
Pendaftaran Profil MYHRSTI
Bagi urusan berkaitan pengemaskinian / pendaftaran rekod baru / keterangan lanjut / sokongan teknikal, sila hubungi pegawai yang berikut:
Kamarul Arifin Bin Musa - Lihat Profil
Gelaran Jawatan : Penolong Setiausaha Kanan | C41
Nombor Telefon : 03-8885 8109
Alamat Emel : kamarularifin[at]mosti.gov.my
E-mail Umum : infoservices_mastic[at]mosti.gov.my