Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Rujukan mudah mengenai penemuan saintifik dan teknologikal, infrastruktur dan prestasi negara. Ia menyediakan data kuantitatif, terutama ke atas penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi dan Kesedaran Awam S&T di Malaysia. Pelbagai data dimasukkan ke dalam buku data S&T ini meliputi pendidikan, R&D kepada aspek-aspek output seperti paten dan technology balance of payments. Ia meliputi data sekunder yang diperoleh daripada pelbagai kementerian dan organisasi swasta serta data primer yang diperoleh daripada kaji selidik berkaitan S&T yang dijalankan oleh MASTIC. Tiga kaji selidik utama tersebut adalah Kajian Penyelidikan dan Pembangunan Kebangsaan, Kajian Kesedaran Awam S&T Negara dan Kajian Inovasi Kebangsaan.