Langkau ke kandungan utama
x
Latar Belakang

Laporan Petunjuk Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Malaysia dihasilkan bertujuan untuk mengumpulkan data-data penting dan menyediakan maklumat terperinci mengenai pencapaian pelbagai petunjuk STI negara yang diperoleh daripada kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh MASTIC, bahagian/jabatan/agensi di bawah MOSTI serta kementerian/jabatan/agensi/organisasi lain yang dikenal pasti sebagai data-data sekunder.

Laporan Petunjuk STI Malaysia telah dilaksanakan oleh MASTIC sejak tahun 1992. Sebanyak 11 laporan yang telah diterbitkan oleh MASTIC. Laporan yang terkini dilaksanakan adalah pada tahun 2020.

Hasil daripada kajian ini akan digunakan oleh penggubal dasar dan pihak berkepentingan bagi menyusun strategi untuk memajukan bidang STI negara. Penemuan kajian ini juga akan disalurkan kepada agensi dan institute penyelidikan Kerajaan, institut pengajian tinggi dan pihak swasta sebagai bahan rujukan akademik.

 

Objektif Laporan STI Malaysia 2020

  1. Mengenal pasti, mengumpul dan menyediakan kompilasi petunjuk STI negara untuk dijadikan rujukan pihak berkepentingan, penggubal dasar dan golongan akademia.;
  2. Menilai pencapaian dan trend petunjuk STI negara secara menyeluruh serta mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan program-program Kerajaan melalui petunjuk STI yang dibangunkan.;
  3. Membuat perbandingan pencapaian negara dalam bidang STI di peringkat antarabangsa; dan
  4. Mengemukakan cadangan penambahbaikan bidang STI yang berpotensi untuk dimajukan dan syor kepada pihak pembuat dasar untuk meningkatkan pencapaian STI negara pada masa hadapan
Skop dan Metodologi

Laporan Petunjuk STI Malaysia mengambil kira indikator-indikator berkaitan bidang STI di Malaysia.

Kajian ini menjadikan Science and Engineering Indicators, The National Science Foundation (NSF), Amerika Syarikat dan OECD Science & Technology Indicators sebagai sumber rujukan utama bagi tujuan perbandingan antarabangsa.

Kaedah pengumpulan data bagi kajian ini adalah seperti berikut:

  1. Data primer yang diperoleh daripada hasil penemuan kajian-kajian STI MASTIC; dan
  2. Data sekunder yang diperoleh daripada kementerian/jabatan/agensi/organisasi lain yang terlibat dalam pembangunan petunjuk STI di Malaysia, pangkalan data antarabangsa dan laporan-laporan yang berkaitan.
Status Semasa Kajian Terkini

Laporan Petunjuk STI Malaysia yang seterusnya dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2024.

Last modified
Mei 2022