Langkau ke kandungan utama
x
Latar Belakang

Kajian Bibliometrik Kebangsaan dilaksanakan untuk mengenal pasti status produktiviti dan penghasilan ilmu pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan penerbitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Sains Sosial di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sebanyak lima (5) siri Kajian Bibliometrik Kebangsaan yang telah diterbitkan sejak tahun 2003 dan kajian yang terkini dilaksanakan oleh MASTIC adalah pada tahun 2018, meliputi data tahun 2001 hingga 2017.

Statistik dan trend yang dilaporkan dalam kajian ini akan menjadi elemen petunjuk STI yang penting kepada pembuat dan penganalisis dasar negara bagi kedudukan Malaysia dalam penerbitan saintifik di peringkat antarabangsa.

 

Objektif utama Kajian Bibliometrik Kebangsaan (2001-2017) adalah: 

  1.  Untuk mengukur tahap produktiviti output penyelidikan dalam bentuk terbitan saintifik di peringkat nasional dan antarabangsa bagi tempoh Januari 2001 hingga Disember 2017 untuk kegunaan penyelidik, individu, organisasi dan negara sebagai rujukan utama.
  2.  Untuk melaporkan prestasi penyelidikan melalui penerbitan yang diterbitkan oleh penyelidik tempatan setiap universiti dari data yang telah diindeks di pangkalan data antarabangsa.
  3. Untuk membuat perbandingan dari segi produktiviti bahan terbitan saintifik oleh penyelidik, universiti dan institusi penyelidikan tempatan di peringkat nasional dan antarabangsa.
  4. Untuk menilai tahap kolaborasi di kalangan penyelidik, universiti dan institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa dalam aktiviti penyelidikan.
  5. Untuk memetakan rangkaian penerbitan dan paten yang dihasilkan oleh institusi.
  6. Untuk mengemukakan cadangan dan syor-syor kepada pihak pembuat dasar bagi meningkatkan produktiviti output pengetahuan dalam bidang STI agar lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Skop dan Metodologi

Skop Kajian Bibliometrik Kebangsaan (2001-2017) memberi tumpuan kepada produktiviti pengetahuan d organisasi seperti berikut:

  1. Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
  2. Institusi Penyelidikan Awam dan Swasta 
  3. Agensi Kerajaan 

Kajian Bibliometrik Kebangsaan (2001-2017) menggunapakai garis panduan antarabangsa yang diiktiraf oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) in: STI Working Papers 1997/1 - Bibliometric Indicators and Analysis of Research Systems: Methods and Examples (Yoshiko Okubo,1997).

Definisi

Analisis statistik bagi penerbitan bertulis yang penting untuk memahami penghasilan output penyelidikan yang diukur berdasarkan bilangan output penerbitan saintifik dan impak penerbitan tersebut yang dianggarkan melalui kaedah analisis petikan.

Status Semasa Kajian Terkini

Kajian Bibliometrik Kebangsaan yang seterusnya dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2023.

Statistik :

Pola Kajian

Last modified
Mei 2022