Langkau ke kandungan utama
Kategori Insentif
Skop Pembiayaan

1. Memupuk semangat keusahawanan di kalangan belia

2. Anjakan paradigma belia dari pekerja kepada pemilik perniagaan dan

3. Membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan.

Kaedah Permohonan

N/A

Kriteria Kelayakan

1. Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN pada tarikh tutup permohonan dalam talian;

2. Pemohon yang mempunyai sijil kemahiran dari institusi / pusat kemahiran tempatan akan diberikan keutamaan;

3. Belum memulakan perniagaan, namun mempunyai minat yang mendalam untuk mengusahakan perniagaan. Sekiranya telah menjalankan perniagaan, ia mestilah kurang 12 bulan beroperasi / berdaftar pada tarikh tutup permohonan dalam talian;

4. Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak di kawasan outdoor;

5. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis;

6. Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana kakitangan SME Corp. Malaysia. (Keluarga terdekat merujuk kepada pasangan dan anak-anak kakitangan)

7. Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik, hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan dari setiap keluarga untuk keseluruhan penganjuran program TUBE (seorang dari setiap keluarga dan penyertaan satu kali sahaja)

8. Pemohon- pemohon berikut TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN:-

a.Pernah mengikuti mana-mana kumpulan pengambilan TUBE (TUBE 1.0 / TUBE 2.0);

b.Mempunyai pekerjaan sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta;

c.Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian dan / atau sewaktu Fasa 1 & 2 Program;

d.Pernah menjalani apa-apa pembedahan dan / atau kecederaan serius dalam tempoh enam (6) bulan pada tarikh permohonan dalam talian dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program;

e.Mempunyai alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di kem PLKN/ kawasan hutan); dan Sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah.

Maklumat Perhubungan

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2, 50470 Kuala Lumpur

Email
tube@smecorp.gov.my
muhamad@smecorp.gov.my
faridah@smecorp.gov.my
Faks
03-2775 6001
Telefon
03-2775 6000
Laman Sesawang
http://www.smecorp.gov.my
Last modified
Jun 2020