Langkau ke kandungan utama
Skop Pembiayaan

Objektif MRG:

  1. Menaja pengetahuan sainstifik baharu bagi meningkatkan tahap kesihatan dan penambahbaikan perkhidmatan penyampaian kesihatan.
  2. Menyokong dan membiayai projek R&D bagi menjana pengetahuan dan penemuan baharu yang dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi dan proses yang inovatif
Kaedah Permohonan

Permohonan secara atas talian : www.nmrr.gov.my

Kriteria Kelayakan
  1. Penyelidikan yang dapat menyokong dan menambahbaik sesuatu polisi, metodologi dan model penyelesaian yang sedia ada mengikut keperluan KKM; atau
  2. Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kesihatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau
  3. Penyelidikan hendaklah mengenalpasti dan mendapat sokongan pihak berkepentingan (stakeholder) KKM
  4. Penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada pelan strategik negara. 
Maklumat Perhubungan

National Health institute (NIH)Secretariat
Blok A Kompleks NIH,
No.1, Jalan Setia Murni U13/52,
Seksyen U13, Bandar Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Email
nihmrg@nih.gov.my
Telefon
03-3362 8100
Laman Sesawang
http://www.nih.gov.my
Last modified
Jun 2020