Langkau ke kandungan utama
Skop Pembiayaan

Objektif CCGF adalah seperti berikut:

  1. Untuk menyokong pembangunan teknologi baru atau mengembangkan lagi teknologi sedia ada melalui 'mengisi jurang' apabila halangan pasaran tertentu menghentikan inovasi yang baik dari mencapai pasaran;
  2. Untuk menyokong pembangunan teknologi baru atau mengembangkan lagi teknologi sedia ada untuk mewujudkan perniagaan baru dan penjanaan kekayaan ekonomi untuk Malaysia;
  3. Untuk melaksanakan R & D yang didorong oleh pasaran ke arah pengkomersilan output R & D;
  4. Untuk menggalakkan institusi, syarikat tempatan dan pencipta untuk memanfaatkan karya intelektual mereka melalui pengkomersialan Harta Intelek (IP);
  5. Untuk merangsang pertumbuhan dan meningkatkan keupayaan dan kapasiti perusahaan berasaskan teknologi Malaysia.
Kaedah Permohonan

Permohonan manual dengan cara menghantar borang permohonan. Pemohon boleh memuat turun versi borang permohonan terkini dan garis panduan untuk CCGF di dalam Laman Web PlaTCOM http://platcomventures.com/HIP2-@-High_Impact_Programme_2.aspx

Kriteria Kelayakan
  1. Semua kategori Syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya 51% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia;
  2. Pemohon atau rakan kongsi usahasama di bawah kategori syarikat kecil dan sederhana perlu mempunyai sekurang-kurangnya modal minimum berbayar dalam bentuk wang tunai sebanyak RM10,000. Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat permulaan dikecualikan daripada ketetapan ini tetapi perlu menyediakan justifikasi dan dokumen sokongan keupayaan mengekalkannya;
  3. Tiada seorang pun Pengarah Syarikat atau ahli-ahli pasukan projek yang telah disabitkan dengan mana-mana aktiviti penipuan atau Syarikat telah diisytiharkan muflis, di bawah pembubaran atau diletakkan di bawah kuasa penerima;
  4. Cadangan projek mesti mengandungi unsur-unsur inovasi teknologi yang membawa kepada pengkomersialan produk-produk inovatif, proses dan Perkhidmatan;
  5. Tiada sekatan di mana projek yang dicadangkan di dalam proses pengkomersilan; Walau bagaimanapun, ia mesti ditunjukkan bahawa Inovasi telah terhenti disebabkan oleh kekurangan dana untuk merentas halangan pasaran yang tertentu;
  6. Ketua projek dan ahli projek mestilah kompeten untuk melaksanakan projek yang dicadangkan. Resume dan juga dokumen sokongan oleh Ketua projek dan setiap ahli pasukan projek juga perlu dikemukakan.
Maklumat Perhubungan

PlaTCOM Ventures Sdn Bhd
3501, Level 3, Quill Building 3,
Jalan Teknokrat 5,
63000 Cyberjaya,
Selangor, Malaysia

Email
info@platcomventures.com
Faks
03-8319 3499
Telefon
03-8319 3116
Laman Sesawang
http://platcomventures.com/
Last modified
Jun 2020