Langkau ke kandungan utama
Skop Pembiayaan

CIDF-SKMM bertujuan untuk memudahkan dan menggalakkan penglibatan rakyat dalam penciptaan, pengeluaran dan pengedaran kandungan multimedia yang sangat kreatif, asli dan boleh untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Kaedah Permohonan

Permohonan manual dengan cara menghantar borang permohonan : https://www.mcmc.gov.my/content-development/overview/dana-pembangunan-industri-kreatif-(dpik-skmm)

Kriteria Kelayakan
  1. Pemohon mestilah syarikat yang berstatus bersaiz kecil dan sederhana di Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan oleh SME Corp dengan sekurang-kurangnya 51% pegangan saham tempatan;
  2. Pemohon-pemohon menerima kandungan dana pembangunan dari agensi-agensi kerajaan yang lain tidak lebih daripada 2 kali;
  3. Pemohon tidak disenaraihitamkan atau mempunyai rekod kegagalan dalam pelaksanaan projek mereka yang lepas setelah menerima geran sama dari agensi-agensi kerajaan yang lain;
  4. Agensi kerajaan, institusi akademik, pertubuhan bukan kerajaan, perusahaan, perkongsian dan individu yang tidak layak untuk diterima pakai;
  5. Kertas cadangan pemohon adalah selaras dengan objektif-objektif dan tumpuan bidang CIDF - SKMM; dan
  6. Hak harta intelek hendaklah dimiliki oleh pemaju kandungan (penerima geran) dan kandungannya hendaklah baru dan asli
Maklumat Perhubungan

Content and Applications Development Department
Content Development & Growth Areas Division
Malaysian Communications and Multimedia Commission
Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya,
Selangor, Malaysia.

Email
cidf@cmc.gov.my
Faks
03-8688 8469
Telefon
03-8688 8000
Laman Sesawang
http://www.mcmc.gov.my
Last modified
Jun 2020