Langkau ke kandungan utama
Skop Pembiayaan

Objektif utama pensijilan ini adalah untuk menggalakkan usahawan menceburi bidang teknologi tinggi dan industri yang didorong oleh inovasi. Dengan lebih banyak PKS yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tersebut, ianya akan menjadikan mereka lebih berdaya saing dan akan membantu Malaysia dalam mencapai objektif untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Kaedah Permohonan

Pendaftaran dan penilaian atas talian. Pendaftaran dan penilaian atas talian : www.1-innocert.my

Kriteria Kelayakan
  1. PKS yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 / Akta Pendaftaran Perniagaan (1956) dan memenuhi definisi baharu PKS (Garis Panduan Definisi Baharu PKS (klik));
  2. Sekurang-kurangnya 60% ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia;
  3. Perniagaan Sah; memperoleh lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan beroperasi di premis perniagaan yang sah;
  4. Sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam perniagaan (dapat menyediakan Penyata Kewangan Beraudit 2 tahun); dan
  5. Produk dan perkhidmatan mesti dikomersialkan untuk sekurang-kurangnya dua (2) tahun.
Maklumat Perhubungan

Urusetia 1-InnoCERT
Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana
Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Email
hazlin@smecorp.gov.my
farhana@smecorp.gov.my
Faks
03-2775 6315/6001
Telefon
03-27756042/256
Laman Sesawang
http://www.1-innocert.my
Last modified
Jun 2020