Pusat Rujukan STI Negara

-A A +A

 

Kajian Kemudahan dan Peralatan STI

Anda di sini

Latar Belakang

MASTIC telah melaksanakan pengumpulan data kemudahan dan peralatan dalam bidang sains dan teknologi sejak tahun 1994. Sehingga kini, sebanyak 753 kemudahan dan 2319 peralatan dari pelbagai organisasi telah disimpan di dalam pangkalan data MASTIC yang menjadi rujukan utama pelbagai pihak khususnya yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Untuk mendapatkan data yang terkini, MASTIC bercadang untuk melaksanakan kajian iaitu Kajian Inventori Kemudahan dan Peralatan STI 2012 pada tahun 2012. Pelaksanaan kajian ini penting bagi pembuat dan penganalisis dasar negara untuk membangunkan polisi, pengkoordinasian penyelidikan dan penggunaan teknologi oleh penyelidik-penyelidik tempatan serta orang awam bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dengan kemudahan dan peralatan S&T.

Sehingga kini, sebanyak 753 bilangan kemudahan dan 2,319 peralatan S&T telah disimpan di dalam pangkalan data MASTIC.

Kali terakhir kajian ini dijalankan pada tahun 2007 dan MASTIC akan melaksanakan kajian ini pada tahun 2012 iaitu Kajian Inventori Kemudahan dan Peralatan STI 2012.

Skop dan Metodologi

Pengumpulan data yang diperlukan adalah seperti jenis, lokasi, spesifikasi teknikal, kos-kos berkaitan pembelian dan penyelenggaraan serta status perkongsian bagi kemudahan dan peralatan. Kaedah pengumpulan data ini adalah seperti melengkapkan borang kaji selidik, temu bual dan lawatan tapak.

Antara organisasi yang memberikan kerjasama strategi dalam pengumpulan data bagi kajian ini adalah daripada institut pendidikan tinggi awam, institut pendidikan tinggi swasta, institusi penyelidikan kerajaan, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta.

Definisi

Kemudahan S&T didefinisikan sebagai tempat di mana aktiviti penyelidikan dan saintifik dijalankan seperti makmal, pusat pemantauan dan tempat ujian.

Peralatan S&T merangkumi semua peralatan yang digunakan untuk menyokong aktiviti R&D termasuklah penyelidikan, pengujian, dan pemantauan yang mempunyai kos melebihi RM 200,000.00

MASTIC sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan maklumat STI yang berkualiti dan melaksanakan penambahbaikan serta menambah nilai perkhidmatan secara berterusan yang menjangkaui kepuasan pelanggan

Hubungi Kami

Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Aras 4, Blok C5, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62662 Putrajaya, Malaysia

  Talian Terus: (603) 8885 8038

  Talian Utama: (603) 8885 8000

  Faks: (603) 8889 2980

  E-mel: mastic@mastic.gov.my

Layout Style

Page width: 1170px

Header

Direction

Predefined Colors

Background

Kod QR

QR Code for https://mastic.mosti.gov.my/ms/content/kajian-kemudahan-dan-peralatan-sti
  • Jumlah Pelawat: 4739804