Skip to main content

Malaysian Human Resources in STI (MyHRSTI)

Maklumat yang terkandung dalam Pangkalan Data Malaysian Human Resources in STI (MyHRSTI) sentiasa dikemas kini bagi memastikan MASTIC sentiasa menyediakan maklumat S&T yang boleh dipercayai, terkini dan komprehensif. Sepanjang tahun 2017, MASTIC telah berjaya mengemas kini data modal insan S&T di peringkat Kementerian. Kini, MASTIC sedang giat mengemas kini data MyHRSTI di peringkat kebangsaan secara berfasa.

Sehingga Jun 2018, sejumlah 19,146 rekod penyelidik dan 6,382 rekod pakar telah didaftarkan dalam MyHRSTI.

Pengguna boleh mencapai maklumat yang terkandung dalam pangkalan data MyHRSTI secara PERCUMA menerusi sistem Krste.my (https://krste.my). Carian maklumat modal insan S&T dalam sistem Krste.my boleh dilakukan dengan langkah berikut : Home> Search KRSTE > Advanced Search> Search Type> Select ‘Person’.