Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Organisasi Pemberi Anugerah
Objektif Anugerah

Mengiktiraf Pejabat Daerah dan Tanah, Pejabat Residen, Pejabat Tanah dan Survei serta Pejabat Tanah dan Galian dengan sistem pengurusan yang cemerlang dan program inovatif dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Tujuan:
1. Menggalak dan meningkatkan kesedaran tentang inovasi di peringkat pentadbiran daerah.
2. Memberi publisiti tentang best practices inovasi agensi untuk diteladani oleh agensi yang lain.
3. Menggalakkan persaingan sihat antara agensi Kerajaan di peringkat daerah ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
4. Memberi maklumbalas kepada agensi untuk meningkatkan lagi usaha-usaha penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.
5. Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi Kerajaan tersebut yang telah mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan program-program peningkatan inovasi.
 

Kriteria Kelayakan

Penyertaan terbuka kepada seperti agensi berikut:

1. Pejabat Daerah dan Tanah;
2. Pejabat Daerah (yang berasingan dengan Pejabat Tanah);
3. Pejabat Tanah (yang berasingan dengan Pejabat Daerah);
4. Pejabat Residen;
5. Pejabat Tanah dan Survei;
6. Pejabat Tanah dan Galian.

Insentif

Kewangan
Pertama : RM150,000

Kedua : 
RM100,000

Ketiga :
RM50,000

Lain-Lain
Trofi (Hadiah Pertama) dan Sijil Penghargaan

Kaedah Permohonan

Pejabat yang berminat untuk menyertai Anugerah Inovasi Pejabat Daerah & Tanah (AIPDT) Tahun 2017 perlu menyempurnakan tindakan-tindakan seperti berikut :

1. Melengkapkan Borang Permohonan Menyertai AIPDT 2017 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) setelah mendapat persetujuan Ketua Jabatan mulai 1 Mac 2017 hingga 21 April 2017.

2. Menyediakan Laporan Penilaian AIPDT 2017 yang mengandungi;
A. Borang permohonan yang telah dilengkapkan;
B. Melengkapkan Borang Maklumbalas Kriteria Penilaian AIPDT 2017 dan dilampirkan bersama dokumen sokongan ;
C. Slaid Inovasi & Best Practices Agensi dalam format Power Point (.ppt/.pptx) yang menerangkan inisiatif / aktiviti inovasi atau best practices di agensi serta impak & outcome daripada pelaksanaannya ;
D. Agensi perlu menyediakan folder yang mengandungi dokumen-dokumen sokongan berasaskan kriteria penilaian AIPDT yang ditetapkan ;
E. Mengemukakan produk-produk Inovasi dalam bentuk hardcopy dan softcopy (CD).

Documents should be submitted by 3 copy to Secretariat Innovation & Land District Office 2017.