Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Kategori Anugerah
Objektif Anugerah

Pengiktirafan terhadap kerja dan pencapaian cemerlang saintis muda dalam bidang pembangunan dan penyelidikan (R&D) Sains, Teknologi dan Inovasi (STI). Anugerah ini diharap dapat memberi perangsang dan galakan kepada saintis muda tempatan untuk meningkatkan kecemerlangan, kreativiti dan sumbangan dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi.

Kriteria Kelayakan

Kumpulan sasaran untuk anugerah ini adalah saintis/penyelidik yang berumur 35 tahun dan ke bawah yang menjalankan projek R&D di pusat penyelidikan dan institut pengajian tinggi awam/swasta atau organisasi penyelidikan swasta di Malaysia.

Insentif

Piala, Sijil, Wang Tunai berjumlah RM10,000.00 dan Geran Penyelidikan dan Pembangunan MOSTI bernilai sehingga RM1,000,000.00

Kaedah Permohonan

Permohonan dibuka secara atas talian bermula bulan 3 setiap tahun dan ditutup pada bulan 7 setiap tahun. Pautan dan baner Anugerah akan diletakkan pada laman sesawang MOSTI.