Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Rumusan

Secara keseluruhan, orang awam di Malaysia telah menunjukkan minat yang positif terhadap STI. Pencemaran alam sekitar (42.1%), perubahan iklim dan kemusnahan (41.6%), kesihatan dan kesejahteraan hidup (40.4%), dan penggunaan teknologi dan reka cipta baru (35.1%) adalah empat (4) isu utama yang menarik perhatian orang awam pada tahun 2022, dengan responden menyatakan mereka "sangat berminat" dan "berminat".

Rumusan

Secara purata, didapati lebih daripada 50.0% responden menjawab soalan dengan betul. Soalan-soalan yang dijawab betul adalah mengenai bumi dan alam sekitar, manakala soalan-soalan mengenai fizik dan biologi mendapat peratusan terendah untuk jawapan yang betul. Ini menunjukkan isu-isu berkaitan alam sekitar telah mengambil perhatian utama dalam kalangan orang awam, berbanding dengan topik sains asas.

Kebanyakan rakyat Malaysia menjawab dengan betul "bumi mengelilingi matahari" (75.1%) dan "teras bumi sangat panas" (70.1%).

Rumusan

Kira-kira 49.1% bersetuju bahawa penyelidikan saintifik memberi lebih banyak kebaikan kepada rakyat Malaysia. Sementara itu, 32.9% menyatakan bahawa penyelidikan saintifik mempunyai kesan yang sama banyak antara kebaikan dan keburukan. Kira-kira 2.5% percaya bahawa STI membawa lebih banyak keburukan kepada negara, dan 15.5% tidak pasti.

Rumusan

Di antara 17 sumber maklumat STI terpilih, 71.6% responden menyatakan bahawa mereka memperoleh maklumat daripada platform media sosial seperti Facebook, TikTok, Twitter, dan Instagram, diikuti oleh televisyen (69.6%). Bagaimanapun, media tradisional seperti televisyen (69.6%) dan radio (47.4%) kekal sebagai medium yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk memperoleh maklumat STI.

Rumusan

Di antara tempat-tempat yang berkaitan dengan STI, zoo adalah destinasi popular rakyat Malaysia iaitu sebanyak 27.0% telah melawatinya dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Perpustakaan berada di tempat kedua (23.3%), diikuti oleh Muzium (23.2%) dan Perlindungan Haiwan/Haiwan Liar (16.5%).

To view more statistic, please visit our centrict system KRSTE.my.