Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Rumusan

National Survey of Innovation 2012

Pengelasan responden inovatif dan bukan inovatif berasaskan sektor perniagaan adalah seperti jadual di atas. Berdasarkan bilangan responden daripada sektor pembuatan dan perkhidmatan, majoriti daripada responden inovatif adalah daripada sektor perkhidmatan dengan 62%, manakala selebihnya adalah daripada sektor pembuatan dengan 38%. Sebaliknya, yang tertinggi syarikat bukan inovatif adalah daripada sektor pembuatan dengan 58% berbanding dengan sektor perkhidmatan dengan 42%.

Sumber: National Survey of Innovation 2012

Jadual menunjukkan syarikat-syarikat berinovatif tertinggi mengikut jenis pemilikan adalah Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) di dalam kedua-dua sektor dengan 70.56% (Pembuatan) dan 59.35% (Perkhidmatan). Sebaliknya, jenis pemilikan syarikat berinovatif yang terendah adalah perniagaan perkongsian dengan 5.17% untuk pembuatan dan 6.13% bagi perkhidmatan.

Rumusan

Sumber: National Survey of Innovation 2012

Nota: Petunjuk Min: 0 = tidak relevan  3 = sangat penting

Berdasarkan kepada gambarajah di atas, terdapat tiga objektif penting dalam sektor pembuatan adalah untuk meningkatkan kualiti produk (min = 2.37), diikuti oleh keperluan untuk membuka pasaran baru atau meningkatkan bahagian pasaran    (min = 2.29), dan untuk memperluaskan rangkaian produk (min = 2.22). Bagi sektor perkhidmatan, objektif yang paling penting adalah untuk meningkatkan kualiti produk, dengan nilai min 1.69. Ini diikuti oleh keperluan untuk membuka pasaran baru atau meningkatkan bahagian pasaran (min = 1.62), dan untuk memenuhi peraturan dan standard (min = 1.57).

Rumusan

Sumber: National Survey of Innovation 2012

Nota: Petunjuk Min: 0 = Tidak Relevan  3 = Sangat Penting

Gambarajah menunjukkan kesan produk dan/atau proses inovasi yang dilaksanakan pada tahun 2009-2011. Secara keseluruhannya, syarikat-syarikat merasakan bahawa kesan inovasi paling penting adalah untuk meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan. Bagi syarikat-syarikat pembuatan, kualiti barangan dan perkhidmatan dengan min=2.21, mempelbagaikan produk dengan min=2.10, bagi meningkatkan nilai tambah dengan min=2.07 merupakan tiga kesan inovasi yang paling penting. Dalam sektor perkhidmatan pula, kualiti barangan dan perkhidmatan dengan min=1.73, meningkatkan fleksibiliti peruntukan pengeluaran atau perkhidmatan dengan min=1.55 dan peningkatan kapasiti untuk penyediaan pengeluaran atau perkhidmatan dengan min=1.52 merupakan kesan inovasi yang paling penting.

Rumusan

Sumber: National Survey of Innovation 2012

Nota: Petunjuk Min: 0 = Tidak Relevan  3 = Sangat Penting

Gambarajah menunjukkan inovasi pemasaran dan inovasi organisasi yang paling penting dalam sektor pembuatan adalah untuk meningkatkan kualiti barangan atau perkhidmatan (min=2.12), diikuti dengan pengurangan tempoh masa maklumbalas pelanggan atau pembekal (min=1.92); mengurangkan kos per unit keluaran atau perkhidmatan (min=1.90) dan kepuasan pekerja dan / atau mengurangkan kadar pertukaran pekerja (min=1.76). Begitu juga, dalam sektor perkhidmatan, meningkatkan kualiti barangan atau perkhidmatan dengan min 1.78. Ini diikuti oleh pengurangan tempoh masa maklumbalas pelanggan atau pembekal dengan min 1.71, kepuasan pekerja dan / atau mengurangkan kadar pertukaran pekerja (min= 1.66) dan mengurangkan kos bagi setiap unit keluaran atau perkhidmatan (min= 1.42)

To view more statistic, please visit our centrict system KRSTE.my.