Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...

Repositori

Pengenalan

Sistem ini merupakan pembangunan inhouse yang telah disiapkan pada akhir tahun 2019 dan dapat diakses sepenuhnya pada bulan Jun 2020.

Tujuan utama sistem repositori ini adalah untuk mengumpul, menyimpan dan meletakkan bahan digital seperti laporan, slaid persembahan, Penerbitan, keratan akhbar, soalan parlimen dan pelbagai medium dari Setiap Bahagian di bawah MOSTI.

Repositori ini juga berfungsi sebagai memori institusi, yang merupakan pusat rujukan bagi warga MOSTI untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan MOSTI.

Objektif

  • Untuk mendorong perkongsian pengetahuan antara bahagian dalam MOSTI serta membantu kakitangan MOSTI dalam melaksanakan tugas harian mereka.
  • Menjadi pusat sehenti atau pusat maklumat sehenti untuk Pegawai dan Kakitangan MOSTI.
  • Untuk menyediakan enjin carian dinamik supaya maklumat dapat diakses dengan lebih cepat dan cekap.
  • Untuk membantu memelihara sumber atau penerbitan yang telah dihasilkan oleh pegawai dan kakitangan MOSTI.

Visi

Kami membangunkan sistem ini selaras dengan keperluan sumber maklumat hari ini yang menekankan pengambilan maklumat di hujung jari. Penciptaan sistem sedemikian dapat memastikan bahawa pengurusan maklumat dan pengetahuan dapat dilakukan dengan cara yang lebih teratur dan sistematik.

Keadaan Semasa

Aplikasi ini hanya boleh diakses oleh pengguna dari Ibu Pejabat dan Agensi MOSTI di bawah MOSTI. Kami sedang mengaturkan dengan pegawai bertanggungjawab dari setiap bahagian dan agensi dibawah MOSTI untuk menguruskan kelayakkan pengguna.

Sehingga Kini

Rekod Kami Mengandungi

Pergi ke Sistem