Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...

STI Organization

Pengenalan

Pangkalan data Organisasi S&T telah dibangunkan oleh MASTIC pada tahun 1998. Pangkalan data tersebut menyimpan butiran mengenai organisasi yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan STI.

Ini termasuk institusi pengajian tinggi, institut penyelidikan awam/swasta, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta.

Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini diperolehi daripada Kajian Petunjuk Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang dijalankan oleh MASTIC secara dwitahunan, bahan penerbitan luaran dan sumber dalam talian yang lain.

Senarai Nasional

Pangkalan Data Organisasi STI

Di KRSTE.my , Modul Organisasi Sains, Teknologi & Inovasi (STI) merupakan modul utama yang menyimpan butiran mengenai organisasi yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan STI.

Fungsi utama modul ini adalah:

  • Menyediakan kemudahan kemasukan maklumat organisasi STI di Malaysia.
  • Membangunkan fungsi muat naik dokumen secara pukal.
  • Menyediakan kemudahan carian maklumat organisasi STI di Malaysia.
  • Menjana laporan bagi tujuan pemantauan laporan.
  • Mewujudkan fungsi untuk memuat naik Sijil SSM untuk organisasi yang terlibat.
  • Klasifikasi Kategori MRDCS 
Data Langsung Dari KRSTE.my

Mari Lihat Statistik Organisasi STI Kami

Berikut adalah data pengagihan mengikut Kategori Organisasi STI yang dipilih oleh Ahli Berdaftar kami.