Kajian Inovasi Kebangsaan

LATAR BELAKANG

Kajian Inovasi Kebangsaan dilaksanakan untuk mengukur tahap aktiviti dan status inovasi negara dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sehingga kini, MASTIC telah melaksanakan kajian ini sebanyak enam kali dan kajian dilaksanakan setiap 2-4 tahun sekali. Statistik dan trend yang dilaporkan dalam kajian ini akan diguna pakai oleh pembuat dan penganalisis dasar negara bagi melihat perkembangan aktiviti inovasi  di kalangan sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. Penemuan kajian ini juga digunakan oleh institusi penyelidikan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pihak swasta untuk tujuan analisis lanjut atau sebagai rujukan.

 

SKOP DAN METODOLOGI

Kajian ini mengguna pakai garis panduan Oslo Manual yang dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) bagi membolehkan penandarasan dan perbandingan di peringkat antarabangsa.Skop kajian ini meliputi semua syarikat swasta yang terlibat di dalam bidang perkhidmatan dan pembuatan. Jenis syarikat tersebut adalah syarikat perniagaan tunggal, syarikat perkongsian, syarikat sendirian berhad dan syarikat awam berhad.Kaedah pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik, temu bual dan bengkel.

 

DEFINISI

Definisi inovasi yang diguna pakai adalah berdasarkan kepada garis panduan Manual OSLO Edisi ketiga (2005) yang dikeluarkan oleh Organisation For Economic Co-operation and Development (OECD).
Inovasi didefinisikan sebagai implementasi ciri ciri baru atau penambahbaikan terhadap produk, proses, kaedah pemasaran dan kaedah organisasi di dalam sesebuah firma perniagaan, tempat kerja serta hubungan luar organisasi.
 

Status Semasa

MASTIC akan menjalankan Kajian Inovasi Kebangsaan bagi Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan yang meliputi maklumat inovasi bagi tahun 2015-2017. Kajian ini akan mula dilaksanakan pada tahun 2018 dan akan diterbitkan pada tahun 2019.

 

 

STATISTIK :

LAPORAN :

Terkini:

Arkib:

Dokumen adalah dalam format PDF. Sila muat turun Adobe Acrobat Reader

Kembali

Tarikh Kemaskini : 7 Disamber 2017