Langkau ke kandungan utama
Sila tunggu...
Pengenalan

Fungsi MRDCS

Malaysian Research and Development Classification System (MRDCS) mula diperkenalkan pada Kajian Penyelidkan dan Pembangunan Kebangsaan tahun 1992. Ia direkabentuk untuk mengklasifikasi dan menerangkan aktiviti penyelidikan di Malaysia sehingga lengkap butiran dan tepat. Klasifikasi ini menyediakan asas pengukuran dan analisa bagi aktiviti R&D dan statistic yang merupakan garis panduan berguna kepada penggubal dasar kerajaan, industri dan penyelidik. Ia juga petunjuk berguna untuk halatuju R&D dan perubahan teknologi. Oleh sebab kemajuan teknologi semakin dinamik, tiada had ditetapkan untuk pengenalan bidang penyelidikan yang baru. Edisi ke-enam MRDCS dilihat sebagai kesinambungan dan kemaskini terbaru untuk menangani jurang teknologi dan rintangan. Tahap piawai kerangka yang diatur dalam klasifikasi ini menyokong aktiviti berkaitan R&D yang jelas dan sangat berbeza untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan menetapkan keutamaan, memberi dana, memaksimumkan usaha R&D dan juga penanda kepada perbandingan antarabangsa.

Klasifikasi

Dua system yang diiktiraf antarabangsa telah digunakan bersama OECD, ‘Frascati Manual’ tetapi penambahbaikan selanjutnya untuk menyokong pelbagai minat pengguna dalam konteks R&D Malaysia. Klasifikasi adalah seperti berikut:

  1. Field of Research (FOR) mewakili aktiviti R&D diklasifikasi mengikut disiplin saintifik dan akademik. Disiplin ini diaplikasi secara universal dengan pelbagai variasi kebangsaan yang muncul daripada bidang penyelidikan yang berbeza.
  2. Socio-Economic Objective (SEO) membenarkan aktiviti R&D dikategorikan mengikut tujuan atau anggaran faedah sektor yang dijangka oleh penyelidik. Ia mengandungi penjimatan berbeza sosial, persekitaran, teknologi dan domain saintifik untuk mengenalpasti tujuan utama R&D. Sistem ini memamparkan variasi kebangsaan yang lebih tinggi berpandukan profail negara dan keutamaan pembangunan.
Definisi
Status Terkini
Capaian Aplikasi

Sila klik butang dibawah untuk mencapai Rekod Senarai MRDCS.

Senarai Kod MRDCS Edisi ke 6