Komited kepada misinya untuk menjadi sumber rujukan utama dalam menyediakan perkhidmatan dan pengumpulan maklumat yang cemerlang bagi menyokong visi MOSTI sebagai peneraju dalam kemajuan sains, teknologi dan inovasi. Perpustakaan ini mempunyai pelbagai sumber koleksi dan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi (S&T) seperti inovasi, bioteknologi, biodiversiti, sains marin, teknologi maklumat & komunikasi (ICT).
Perpustakaan kami juga menyediakan koleksi yang berkaitan dengan pembangunan lestari, dasar S&T, pengurusan, ramalan teknologi dan pengurusan alam sekitar.
Kami mengalu-alukan penyelidik atau pegawai kerajaan, pelajar institusi pengajian tinggi dan profesional dari sektor awam dan swasta.
Koleksi perpustakaan ini dikatalogkan dan dikelaskan mengikut piawaian Klasifikasi Perpuluhan Dewey dan pengkatalogan RDA Malaysia